42 Kelebihan (Fadhilah) Sholawat kepada Nabi Muhammad ﷺ

Al Sheikh Abdul Qadir Al Jaelani Al Hasani menyatakan kelebihan bersholawat ke atas Nabi di dalam kitabnya Al Safinah al Qadiriyah. Beliau meriwayatkan daripada Ibnu Farhun berkata ”Bersholawat kepada Nabi Muhammad ﷺ itu mempunyai empat puluh dua kelebihan. Perkara ini tertulis dalam kitabnya Hadaiq Al Anwar.”

اَللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَ عَلَى آلِ مُحَمد

  1. Melaksanakan perintah Allah ﷻ
  2. Bersamaan dengan sholawat Allah ﷻ kepada Rasulullah ﷺ.
  3. Mendapat ganjaran 10x sholawat. daripada Allah atas setiap kali sholawat yang diucapkan (sholawat daripada Allah ﷻ berarti rahmat.
  4. Bersamaan dengan sholawat para malaikat.
  5. Dikurniakan oleh Allah 10x dari darjat atas setiap satu-satu sholawat.
  6. Dituliskan oleh malaikat 10x kebaikan atas setiap sholawat.
  7. Dihapuskan oleh Allah 10x kejahatan atas setiap sholawat.
  8. Segala doa akan diperkenankan oleh Allah ﷻ.
  9. Mendapat syafaat daripada Rasulullah ﷺ.
  10. Mendapat keampunan Allah ﷻ dan akan ditutup segala keaiban.
  11. Allah ﷻ akan menutupi segala dukacita.
  12. Dikurniakan maqam hampir kepada Rasulullah ﷺ.
  13. Mendapat darajat al-sidq.
  14. Ditunaikan segala hajat.
  15. Selamat sejahtera pada hari kiamat.
  16. Allah ﷻ dan para malaikat akan bersholawat ke atas individu yang bersholawat.
  17. Mendapat khabar gembira daripada Allah ﷻ dengan balasan syurga.
  18. Selamat sejahtera pada huru-hara hari kiamat.
  19. Rasulullah ﷺ akan menjawab secara langsung ke atas setiap sholawat yang dibacakan.
  20. Mudah mengingat semula perkara-perkara yang lupa.
  21. Mendapat kedudukan yang baik pada hari kiamat serta tidak akan kecewa pada hari itu.
  22. Tidak akan merasai fakir.
  23. Terpelihara dari dihinggapi sifat bakhil.
  24. Mendapat kesejahteraaan daripada doa Rasulullah ﷺ.
  25. Sholawat akan menjemput setiap pengucapnya ke jalan syurga.
  26. Menjauhkan seseorang itu daripada terlibat dalam majlis-majlis yang tidak disebut padanya nama Allah dan rasulNya atau daripada majlis-majlis lagha.
  27. Bersholawat menyempurnakan kalam pujian Allah ﷻ apabila disebut “Alhamdulillahirabbil’alamin” di dalam doa, maka akan disambut selepas itu dengan sholawat ke atas Nabi Muhammad ﷺ.
  28. Selamat melintasi titisan sirat al-mustaqim pada hari kiamat.
  29. Terpelihara daripada sifat kasar dan gelojoh.
  30. Disambut oleh Allah ﷻ pada hari kiamat dengan kata-kata pujian yang lunak.
  31. Mendapat keberkatan Allah ﷻ .
  32. Mendapat kesempurnaan iman.
  33. Kasih dan cinta kepada Rasulullah ﷺ.
  34. Mendapat hidayah daripada Allah dan dikurniakan hati yang sentiasa hidup mengingati Allah ﷻ.
  35. Setiap sholawat yang dibaca akan dibentangkan di hadapan Rasulullah ﷺ secara langsung.
  36. Teguh pendirian dengan kebenaran.
  37. Bersholawat bererti kita menunaikan sebahagian daripada hak-hak Rasulullah ﷺ keatas diri kita. di samping itu ia dianggap mensyukuri nikmat Allah ﷻ yang mengurniakan dan mengutuskan Rasulullah ﷺ kepada kita.
  38. Bersholawat juga berarti zikrullah, bersyukur serta mengiktiraf segala nikmat yang dikurnikan oleh Allah ﷻ.
  39. Mendapat balasan rahmat yang luas daripada Allah ﷻ.
  40. Bersholawat berarti melengkapkan pengertian berdoa dan memohon kepada Allah ﷻ ke atas Rasulullah ﷺ dan kepada diri sendiri.
  41. Antara kelebihan yang paling hebat kepada setiap individu ialah akan terjelma gambaran Rasulullah ﷺ dalam jiwanya
  42. Dikurniakan oleh Allah ﷻ maqam seorang Syeikh dan Murabbi.

 

Baca kembali:

Post Author: ibnumuslim

Leave a Reply